BUNGA POM POM

9/10/2012 09:00:00 pm

DIY : bunga pahar

Tada.. inilah bunga pahar buatan saya yang tak seberapa. Ambil masa dalam 2 minggu untuk siapkan 100 batang. Buat guna bunga tisu. Kos tak banyak sangat. Rasenye dalam RM50 je. Saya buat 50 putih 50 biru.



Close up sikit.



Ini yang belum dikembangkan bunganya. Lepas dah buat dalam 30 batang baru realize yang nak maintain bunga tisu agak susah sikit. Yela tisukan. Sifat tisu ni mudah kemek sebab die lembik. So bila da kembangkan bunga tisu tu tak bole letak kat lantai lama-lama. Sebab die akan penyek dan jadi tak kembang. So saya kene letak dalam pasu nak bagi die mantain kembang. Tapi saya letak dalam botol air mineral je la. Tak kuasa la pulak nak beli pasu banyak2. Lepas tu bile pikir2 balik kalau nak bawak balik kampung ni payah jugak nak letak dalam kereta. Sebab die makan space. So lepas tu baru saya decide tuk tak kembangkan bunga yang selebihnya tu. Kat kampung nanti baru kembangkan. So senang la nak bawak balik nanti.




Ini bahan2 tuk buat bunga pahar ni.

Tisu warna biru beli kat ikea RM11.50 dapat 50 keping. 1 keping bole dapat 3 bunga. So 1 bungkus bole dapat 150 bunga.

Tisu putih tu beli kat kedai 1Malaysia RM0.80. 1 bungkus dapat 20 bunga. So untuk 50 bunga perlu dalam 3 bungkus je.

Kain net beli kat Kedai Reben kat Jalan Tar. 1 meter RM2.50 tapi dapat diskaun RM2. Untuk 50 bunga perlu dalam 1 meter 1/2.

Reben beli kat Semua House RM0.45 satu. Saya beli 10 untuk 100bunga pahar tu 5 biru 5 putih so total RM4.50.

Plaster gam tu RM1. Perlu dalam 3 je.

Lidi beli kat Semua House 1 pack ada 145 harga diA Rm2.40 kalo tak silap.

Dawai putih beli kat Semua House jugak. 1 pack ada 50. Saya potong 2 dapat 100. Harga lupa berapa. Tapi  rasa dalam seringgit lebey je.

Silver ties takde dalam gambar lupe nak masukkan. Guna untuk ikat net dan reben. Beli kat semua house jugak . 1 pack ada 500 RM1.50



Cara dia sama macam yang Kina buat. Potong bulat tisu. Lepas tu stapler dan masukkan dawai putih. Kemudian renyuk2kan layer by layer (ada 12 layer).






Ini gambar setelah direnyukan.
Buat banyak2 macam ni
Lepas da renyukkan. Potong reben dan net ( bentuk 4 segi agak2 muat nak masuk telur). Lepas tu belit semua tu pada lidi guna selotep gam tu. Dah siap!

Bunga yang sama juga saya akan letak di hantaran dan pelamin. Bunga2 tu dah siap semua tinggal untuk dikembangkan sahaja.


Ini bunaga tisu yang dah selamat dikembangkan. Kene jaga elok2 supaya tak kemek. 




Selamat mencuba ye.

Powered by Blogger.