10 TIPs Survival untuk Pengantin Baru

2/04/2018 06:59:00 am
Pagi Isnin yang hebat ini Kak sel nak share 10 tips yang Kak sel amalkan sepanjang pengalaman perkahwinan yang ke-8 kami ni :-)

Belum Kahwin dan Nak Kahwin d ah Kahwin pun boleh Baca tau. Sama-sama kita berkongsi!

Yang baik itu datang adri Allah yang kurang tu atas kelemahan Kak Sel sendiri tau...jom kita ke 

TIP 1  : Menerima Pasangan Anda Tidak Sempurna
Masa bercinta memang semuanye nampak ok jer kan, lagi-lagi belum diijab& kabul opcos SYAITAN & IBLIS membantu untuk kita nampak yang indah-indah jer dalam percubaan memerangkap kita tersasar dari landasan. SO sentiasa la mengingatkan diri sendiri PERKAHWINAN adalah realiti bukan cerita sandiwara macam kat TV tu #kekasihpaksarela (almaklum tengah musin Kak Sel pun terjebak). 

TIP 2: Jangan Harapkan Pasangan Kita Boleh Membaca Fikiran Kita
Yang ni Paling penting sebab kita dan pasangan memang tiada kuasa 'Psychic Power' dan tak berupaya membaca apa yang cuba kita atau pasangan fikirkan. So berterus-terang lah dengan cara yang berhikmah :-)

TIP 3: Jangan Besarkan Perkara yang Remeh
Perkara remeh contonya cara megemop, mencuci & lipat kain, berilah kebebasan kepada pasagan dalam melaksana tugas-tugas harian dirumah yang penting OBJECTIVE tercapai. (hehehe untuk Kak Sel bab cuci baju masing-masing ada cara sendiri so kami TAKE TURN CUCI BAJU)

TIP 4: Sentiasa Berlapang Dada untuk Memberi dan Menerima Pendapat
Perkahwinan adalah perkongsian dan pertemuan dua budaya dan cara hidup yang berbeza. Oleh itu sentisa la bersangka baik dan berlapang dada terhadap pasangan. Suami dan Isteri dua-dua perlu memberi ruang kepada pasangan untuk menyuarakan pendapat dan berbincang secara baik JANGAN CEPAT MELATAH. 

TIP 5: Belajar untuk Menjadi TEAM
Saling tolong menolonglah dalam perkahwinan dari PINTU pagar depan rumah hinggalah ke PINTU pagar Belakang. Jadilah TEAM dalam mencapaimatlamat perkahwinan. Sentiasa la berbincang dalam pengurusan kewangan dan masa. (untuk Kak Sel dan Hubby setiap bulan akan membentangkan account keluarga duit keluar masuk dan status kewangan semasa bagi persediaan perkara yang tak terjangka).

TIP 6: Muhasabah Diri
Andaikata pasangan anda atau anda sendiri suka menyakitkan hati hehehhe (perkara ni terjadi juga pada Kak Sel dan Hubby bukan apa kita dah terbiasa cakap tanpa filter kadang-kadang sakit hati tak sengaja ) maka muhasabahlah sekejup kenapa pasangan kita berperangai seumpama itu. Andai kata tak jumpa (kalau tak jumpa cacat cela pada diri sendiri la kan...ada ke) maka berterus terang sahaja la pada pasangan dengan cara berhikmah dan masa yang sesuai.

TIP 7: Meluangkan Masa Bersama
Luangkan la masa untuk bersama kat rumah pun boleh untuk berbicara benda-benda yang seronok contohnya harga minyak petrol yang asik naik tak turun-turn. Layan lah pasangan anda jangan layan handphone jer :-)

TIP 8: Belajar untuk Memaafkan
Sedangkan lidah lagi tergigit inikan pula suami isteri (copy lagu Tan Sri P. Ramli). Dalam rumah tangga pasti akan ada pertelingkahan maka rendahkan la ego dan salinglah memaafkan, jangan di simpan rasa dendam. Biasa la baru kahwin Insyallah EX-EX selalu muncul maka bersangka baik lah yer JODOH AJAL REZEKI semua Allah dah tentukan. Andai ternampak EX wasap maka Istifar la banyak-banyak almaklum JARUM IBLIS sentiasa ada untuk meruntuhkan MASJID. 

TIP 9: Carilah Masa untuk Diri Sendiri
Sekuat mana pun cinta kita melekat sekuat magnet, cari dan berilah masa untuk dirisendiri 'ME TIME" tapi jangan. Sentiasalah amanah dalam mengisi ME TIME :-)

TIP 10: Letakkan Garis Panduan
Andai kata kita duduk dengan Mentua or Family sendiri letakanlah garispanduan agar kita dapat menyesuaikan diri sebagai pasangan tanpa pengaruh orang lain :-). Walaubagaimanapun kita harus selalu ingat Suami Selamanya milik ibubapanya maka redha ibubapanya amat penting dalam keberkatan rumahtangga kita.

Selamat PEngantin Baru. Pasang Kompas yang betul agar Kiblat hidup tak tersasar dari yang betul, SOLAT dan DOA senjata utama :-)

P/S: A One Wedding Gallery menyediakan Pakej Perkahwinan Murah dan mampu milik buat semua.
Meyediakan perkidmatan Catering, Kanopi, Pelami & Andaman, Solekan semua jenis majlis, Jurugambar Perkahwinan, DJ & PA System

Hubungi kami untuk harga istimewa di talian 019-2610878




hastag #janganKecam #sharingrumahtangga #pakejkahwin murah #butikpengantinshahalam #andamanmurah #catering #jurusolek





Powered by Blogger.